------------ [Home] ------------ [Pertanyaan?] ------------ [Produk Lelaki] ------------ [Produk Wanita] ------------ [Harga]



Wednesday, December 1, 2010

Info Penyakit Gout


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Diagnosis
Gout pada sendi jari kaki. Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.

Peringkat Gout

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang
teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit
gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Cadangan untuk melegakan kesakitan.

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Sunday, November 28, 2010

Vitallity Energy/Isotonic


Rumusan 17 herba terpilih untuk kesihatan dan kecerdasan:-
mampu memberi tenaga sepanjang hari, membantu mengawal darah tinggi, kencing manis, gaout, asma, resdung dan bermacam penyakit kronik, membuang toksin serta melancarkan peredaran darah,dan melembutkan kulit.

Bodily influence
Alterative , analgesic (MILD) , anodyne , anti-inflammatory , anti-pyretic , antiseptic , anti-spasmodic , aphrodisiac , aromatic , astringent ,carminative , demulcent , diaphoretic , disinfectant , emollient , emmenagogue , expectorant , galactagogue , hormonal , laxative , (BULK) , Mucilantnervine , nutritive , parasiticide , sedatives , stimulant , stomachic , tonin , vulnerary.


Produk ini juga dapat membantu penyakit seperti -

Luaran :
Merawat dan mengembalikan penyuburan rambut , mencegah ruam panas , panau , kurap , celah kaki dimakan air , menghilangkan lebam-lebam di tubuh , gatal-gatal , kudis buta dan mengembalikan seri wajah , penyakit kulit , bisol , menghilangkan sembab (lesu) , mencegah jangkitan kulit .

Dalaman :
Alahan , kekurangan sel darah merah , astma/ lelah , tekanan darah tinggi , melancarkan sembelit dan melawaskan buang air besar , penyakit limpa , mengurangkan kolestrol , memulihkan pengedaran darah , barah pada tahap awal , penghadaman makanan , radang perut , semput , salah mata , radang paru-paru , melancarkan perjalanan darah pada buah pinggang , demam panan berpanjangan , mengurangkan kepanasan dalam badan , cegah kuman , cegah darah gemuruh , hesteria , sebu dalam perut , mencairkan kahak , menambah susu baadan bagi ibu-ibu yang menyusu anak , menambahkan rangsangan nafsu makan , nafsu kelamin , menyembuhkan luka dan lain-lain.

Pantang larang :
1. Ibu yang baru mengandung
2. Ibu yang baru keguguran
3. Strok yang baru.

Product
Abscesses , Allergies , Anemia , Asthma , Baldness , Blood pressure High , Blood poisoning , Boils , Bowel lubricant , Breath bad , Bronchial catrh , Bronchitis , Bruises , c-lymphatic , cholestral dissolves , circulation improves , Cold , Colic , convulsions , constipation , coughs , diabetes , digestive disorders , eczema , edema , female problems , food poisoning , emphysema , eyes , fever , gallbladder , gas , gout , hayfever , hairgrowth , heart tonic hysteria , headache , healing , heartburn , hoarseness , intestinesinflamed , intestines lubricates , kidney , lactation stimulates , liver , lung infections , migraine headaches , mucous membranes , mucus dissolves , sinus problem , sore throat , stomach irritation , ulcers , vagina water retention.


Cara Pengambilan :

2 kapsul 2 kali sehari (20 minit sebelum makan)
Simpan di tempat yang sejuk dan kering

Jauhi dari kanak-kanak


Tiada di jual dipasaran.. hanya diperolehi oleh Jemaah Haji dan dibekalkan oleh Tabung Haji.

Harga Promosi :

RM160 sebotol ( Tabung Haji menjual dengan harga RM168 )

Kos Penghantaran/Pos seluruh Malaysia adalah percuma

Wednesday, November 24, 2010

Pilihan Set Bersalin Anda

Salam semua.. ni ada beberapa pilihan Produk Set Bersalin.. beli untuk diri sendiri, isteri kita, anak2 kita, adik beradik kita dan juga boleh dihadiahkan kepada rakan2 kita..

Harga masih boleh ditawar.. istimewa dari Pak Tabib.. penghantaran adalah percuma... sila2kan memilih ya...

Harga Produk Set Bersalin

Set Nona Roguy (RM 365.00)

Set Bersalin Leesa Confine Mum
Set Premium = 9 Produk + Beg (RM 350.00)
Set A = 5 Produk (RM 215.00)
Set B = 6 Produk (RM 260.00)

Set Sendayu Tinggi Ammy 60 Days
Pakej 1 (RM 207.00)
Pakej 2 (RM 247.00)
Pakej 3 (RM 386.00)
Pakej 4 (RM 427.00)

Set Salindah
Set Lengkap (RM 370.00)
Set Sebelum Bersalin (RM 225.00)
Set Selepas Bersalin (RM 220.00)

Set Atika Beauty (RM 300.00)

Set Mustika Ratu
Jamu Selapan (RM 99.00)
Jamu Selapan + Bengkung + CD (RM 160.00)

Set Ibu Halimah Mak Dara (RM 350.00)

Set Bersalin Tropical Herbs Amway (RM 293.00)

Set Ibu Ambar Kenanga
Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga (RM 150.00 SM / RM 170.00 SS)
Set Sayyida Ambar (RM 120.00 SM/ RM 140.00 SS)

Set Warisan Afiat (RM 85.00)
Ubat Bersalin Afiat (RM 89.00)

Set HPA
Set Bersalin (RM 85.00 SM / RM 95.00 SS)
Barut Berherba (RM 30.00 SM / RM 35.00 SS)

Set Nyonya Meneer
Set Pil (RM 75.00)
Set Serbuk (RM 70.00)

Set Air Mancur
Set Pil (RM 65.00)
Set Serbuk (RM 62.00)

Set Orang Kampung (RM 160.00)

Wassalam..

Thursday, November 11, 2010

Durian Belanda dan Keistimewaannya


Ramai dikalangan kita yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.


Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.


Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Info Penyakit Buasir


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

  • Buasir Dalaman: Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
  • Buasir Luaran Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


PENYEBAB UTAMANYA

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat

PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

    Jadikan sebagai satu peraturan:
  • Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut
    Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.


RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

  • Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
  • Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
  • Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
  • Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
  • Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
  • Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
  • Koagulasi inframerah- sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
  • Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur koagulasi inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
  • Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebiha nnya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
    Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

    BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

    Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

    PENGURUSAN SENDIRI

    i. Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
    ii. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
    iii. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
    iv. Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
    v. Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Info Kencing Manis - Diabetes


The Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada:

■Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
■Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II
Tanda dan gejala

Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:

■Kabur penglihatan.
■Penyakit kulit yang berterusan.
■Luka lambat sembuh.
■Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
■Kebas kaki.
Tanda-tanda lain termasuk:

■Dahaga.
■Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
■Letih dan lesu.
■Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
■Kelemahan otot.
◦Kegatalan tanpa ruam.
Faktor-faktor risiko Diabetis

■Berlebihan berat badan / kegemukan.
■Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
■Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
■Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
■Peningkatan umur.
■Bangsa - Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Komplikasi-komplikasi




Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.


Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).

•Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).
Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:

■Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
■Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
■Otak-angin ahmar (strok).
■Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
■Jantung- serangan jantung.
Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.

Rawatan

Rawatan tanpa ubatan

■Penjagaan diri umum
■Jagaan kulit
■Mandi setiap hari.
■Keringkan seluruh bahagian tubuh.
■Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
■Jagaan kaki.
■Cuci kaki anda setiap hari.
■Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
■Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
■Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
■Tukar stokin anda setiap hari.
■Jangan berjalan tanpa kasut.
■Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
■Penjagaan Gigi
■Pemeriksaan mata secara berkala
■Elakkan alkohol
■Berhenti merokok
■Mengawal pemakanan
■Mengawal berat badan
•Kerap bersenam
Rawatan ubatan

■Ubatan
■Ubat mengurangkan paras glukos
■Insulin

Khasiat Pegaga


Nama Botani
Centella asiatica (L) Urban

Nama lain
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)

Famili
Umbelliferae

Pengenalan
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.

Khasiat dan Kegunaan
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Keterangan
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Tuesday, November 9, 2010

Khasiat Barli


Kandungan serat yang tinggi, barli juga pembersih buah pinggang. Lebih baik lagi, pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung. Jadikan air barli sebagai satu minuman yang tetap apabila kami berada di rumah.
Barli juga baik untuk kesihatan usus kita. Kandungan seratnya yang tinggi menjadi makanan kepada bakteria baik yang tidak merbahaya dalam kolon kita dan membantu melancarkan pergerkan sistem pencernaan kita. Secara tidak lansung akan menghalang dari penyakit buasir dan kanser kolon.



Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.

Pengambilan barli konsisten juga adalah satu langkah preventif terhadap penyakit jantung dan sebagainya, selain kandungan serat, ia juga tinggi dalam niasin, vitamin B baik untuk mengurangkan kolesterol.
Pesakit diabetes harus mengambil lebih banyak barli sebagai serat yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengelakkan dari peningkatan yang terlalu tinggi. Ia juga membantu mencegah dari i sembelit atau cirit-birit bagi yang menderita akibat Irritable Bowel Syndrome.

Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis. Ia satu sumber yang baik untuk manganese, copper dan fosforus.

Barli, yang nama Latinnya ialah " hordeum vulgare" , telah diusahakan lebih daripada 10,000 tahun.
Sejak zaman purba lagi, barli telah digunakan untuk tujuan penyembuhan dan telah diketahui oleh orang Cina, orang-orang Mesir, rakyat Greece dan orang-orang Rom. Atlet-atlet di Greece dan Rom pada zaman dahulu diketahui makan roti barli untuk memberikan mereka kekuatan.
Selain menikmati barli dalam bentuk minuman, saya juga menggemari sup barli dan ia amat sedap dan berkhasiat.
Di sini adalah resepi untuk sup barli:

Barley sup dengan bawang putih goreng
1 cawan bijiran barlI
5 ulas bawang putih, digoreng
2 liter stok ayam, yang direndam daripada 1 dada ayam direbus dalam tiga liter air
2 sudu minyak sayuran
2 labu bawang besar, potong dadu
2 biji karot merah , potong dadu
2 batang seleri, potong dadu
150g daging ayam potong kecil
1 sudu teh lada putih
1 sudu garam sesuai mengikut selera
1 ikat kecil daun sup dicincang kecil
1 ikat kecil daun bawang dicincang kecil

Cara memasak:
1. Cuci barli dan rendam dalam semangkuk air selama tiga jam. kemudian buang air yang direndam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Tambahkan karot dan daun seleri, kemudian barli dan tumis selama tiga minit.
3. Tambahkan stok ayam, lada dan bawang putih goreng dan didihkan di atas api kecil selama minima satu jam, atau sampai barli lembut.
4. Tambah garam untuk rasa dan melayani sup dan hiasi dengan daun sup dan daun bawang yang dicincang.

Amalkanlah cara hidup sihat dengan penyembuhan semulajadi.

Ginger - A cancer killer


A Cancer Killer in the Kitchen - Ginger

The powerful healing effects of ginger have been well documented. It's a proven remedy for upset stomach. Reams of studies show that it inhibits inflammation. And there is substantial evidence that it fights cancer too.

For instance, a recent University of Michigan study showed that when ginger was added to ovarian cancer cells in the laboratory, it caused the cancer cells to self-destruct (a process known as "apoptosis"). In a separate study at the University of Minnesota , researchers injected colon cancer cells into mice that were bred to have no immune system.



Half of these mice were routinely fed gingerol, the main active
component in ginger. The researchers found that the mice that were fed gingerol lived longer, their tumors were smaller, and the cancer did not spread as widely as in the control group.

With all these health benefits, you should be using ginger as often as you can. The best way I've found to get a healthy serving of ginger is to juice it. (The brand of juicer I use is an Omega.) Two or three days a week, I juice an apple or two, some carrots, spinach, broccoli, cabbage, and a big piece of ginger root.

The ginger gives the drink a great flavor and a powerful anti-cancer kick.
I highly recommend that you try it
.

Papaya /Betik To Halt Breast Cancer


Papaya was the only studied food found to halt breast cancer
Scientists studied 14 plant foods commonly consumed in Mexico to determine their ability to halt breast cancer cell growth. These included avocado, black sapote, guava, mango, prickly pear cactus (nopal), pineapple, grapes, tomato, and papaya. They also evaluated beta-carotene, total plant phenolics, and gallic acid contents and antioxidant capacity. They found that only papaya had a significant effect on stopping breast cancer cell growth. (International Journal of Food Science and Nutrition, May)

Papaya is a store-house of cancer fighting lycopene

The intense orangey-pink color of papaya means it is chock full of cancer fighting carotenoids. Not only beta carotene, but lycopene is found in abundance. The construction of lycopene makes it highly reactive toward oxygen and free radicals.
Scientists at the University of Illinois think this anti-oxidant activity contributes to its effectiveness as a cancer fighting agent. Epidemiological studies have indicated an inverse relationship between lycopene intake and prostate cancer risk. They showed that oral lycopene is highly bioavailable, accumulates in prostate tissue, and is localized in the nucleus of prostate epithelial cells.

In addition to antioxidant activity, other experiments have indicated that lycopene induces cancer cell death, anti-metastatic activity, and the up-regulation of protective enzymes. Phase I and II studies have established the safety of lycopene supplementation. (Cancer Letter, October 8, 2008)

Prostate cancer was the subject of a study in Australia that looked at 130 prostate cancer patients and 274 hospitalized controls. The scientists found that men who consumed the most lycopene-rich fruits and vegetables such as papaya were 82% less likely to have prostate cancer. In this study, green tea also exerted a powerful anti-cancer effect. When lycopene-rich foods were consumed with green tea, the combination was even more effective, an outcome the researchers credited to their synergy. ( Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition, 2007)

Isothiocyanates found in papaya restore the cell cycle to eliminate cancer.

rgano-sulfur compounds called isothiocyanates are found in papaya. In animal experiments, isothiocyanates protected against cancers of the breast, lung, colon pancreas, and prostate, as well as leukemia, and they have the potential to prevent cancer in humans. Isothiocyanates have shown themselves capable of inhibiting both the formation and development of cancer cells through multiple pathways and mechanisms. (International Journal of Oncology), October, 2008)
Researchers in Japan clarified the mechanisms of action in a type of isothiocyanate found in papaya known as BITC, that underlies the relationship between cell cycle regulation and appropriate cell death. When cancerous cells die on schedule, they are no longer a problem. The researchers established that BITC exerted cancer cell killing effects that were greater in the proliferating cells than in the quiescent cells. Cancer cells that are proliferating are much more dangerous than cancer cells that are in a state of dormancy. (Forum of Nutrition, 2009)

Enzymes from papaya digest proteins including those that protect tumors.

The fruit and other parts of the papaya tree, also known as the paw paw tree, contain papain and chymopapain, powerful proteolytic enzymes that facilitate chemical reactions in the body. They promote digestion by helping to break down proteins from food into amino acids that can be recombined to produce protein useable by humans. Proteolytic enzymes protect the body from inflammation and help heal burns. They do a good job of digesting unwanted scar tissue both on the skin and under its surface.
Research has shown that the physical and mental health of people is highly dependent on their ability to produce proteins they can use effectively. However, as people age, they produce less of the enzymes needed to effectively digest proteins from food and free needed amino acids. They are left with excessive amounts of undigested protein which can lead to overgrowth of unwanted bacteria in the intestinal tract, and a lack of available amino acids.

Eating papaya after a meal promotes digestion, and helps prevent bloating, gas production, and indigestion. It is quite helpful after antibiotic use to replenish friendly intestinal bacteria that were the casualties in the war against the unwanted bacteria. When the intestinal tract is well populated with friendly bacteria, the immune system is strengthened, and can better protect against flu and cancer.


Being a proteolytic enzyme, papain is able to destroy intestinal parasites, which are composed mostly of protein. To rid the body of intestinal parasites, half a cup of papaya juice can be alternated each hour for twelve consecutive hours with the same amount of cucumber or green bean juice.
Papaya contains fibrin, another useful compound not readily found in the plant kingdom. Fibrin reduces the risk of blood clots and improves the quality of blood cells, optimizing the ability of blood to flow through the circulatory system. Fibrin is also important in preventing stokes. Proteolytic enzymes containing fibrin are a good idea for long plane rides to minimize the potential of blood clots in the legs. People who sit at a desk all day might want to use proteolytic enzymes too.
Proteolytic enzymes are able to digest and destroy the defense shields of viruses, tumors, allergens, yeasts, and various forms of fungus. Once the shield is destroyed, tumors and invading organisms are extremely vulnerable and easily taken care of by the immune system.
Undigested proteins can penetrate the gut and wind up in the bloodstream where they are treated by the immune system as invaders. If too many undigested proteins are floating around, the immune system becomes overburdened and unable to attend to the other tasks it was meant to do. Proteolytic enzymes can digest these rogue proteins, freeing up the immune system.

Let's ensure a slice of papaya every day in our diet. Papaya juice will be great.

Khasiat Halia

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.
Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin
Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.
Pertanyaan dan Tempahan

Nama *
Email *
Handphone No.
Subject *
Message *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Contact Form
Report Abuse